Bismillahirrahmanirrahim...

Nikmat Tidak Pernah terhenti MESKIPUN Hati Berulangkali mati... Begitu baiknya Allah terhadap kita. Muhasabah diri sendiri....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 9, 2013

Allah!!! Jangan Hairan Jika aku.....

Allah... sering saja ku datang padaMu, mengadu akan hal2 yang remeh dan kadang2 tak penting pun... Ya,itu kerana aku suka berbicara denganMu. KENAPA? sbb, hanya Engkau yang selalu mendengar aku, mengerti aku dan sentiasa ada ketika aku perlu. Aku manja denganMu, sbb tu setiap kali aku datang aku nanggis2. Kadang2 xde sebab pun untuk aku nanggis...Tapi senang benar hati ni tersentuh...SEBAB....Kau baik sangat!!!.  

Allah... Mahalnya cintaMU sampai  xterdaya untuk aku miliki. Tapi tak  pernah sekalipun Kau tolak aku,pinggirkan aku,sisih aku... Ketika aku datang...Kau xpernah berpaling dari aku, Kau layan aku, Kau dengar aku,Kau pandang aku...Tulusnya cintaMU. Suatu ketika Kau uji aku sebab Kau lihat aku tersangat leka cinta kepada manusia. Kau tunjukkan pada aku betapa PALSUnya cinta manusia yang aku agung2kan sebelum ini. Kau buka satu persatu kepalsuan cinta manusia itu...Jelas, nyata lagi terang-terangan bahawa cinta itu menghancurkan. 

Allah... Kau selalu kejutkan aku dari lena,kerana aku selalu leka... Kadang2 aku xpeduli dengan perhatianMu padaku. Dek kerana lemahnya iman dan cinta padaMu, aku sering alpa dengan dunia yang penuh dengan kepalsuan ini. Kau tegur aku dengan pelbagai cara....aku masih leka. terkadang Kau cubit aku sebab terlalu degil...pun masih aku terleka. Kau jentik aku sehingga aku terasa sakit... Aku nanggis!!!! SAKITTTTT!!! itulah ujian yang Kau berikan pada aku supaya aku tersedar dari lena panjang yang sia2. Itulah tandanya Kau perhatian sama aku...Kau peduli pada aku,Kau sayang pada aku...Kau xnak aku terus hanyut dengan hal2 yang sia2. 

Allah...Terima kasih kerana tidak pernah tinggalkan aku meskipun aku yang selalu meninggalkanMu. Terima Kasih kerana selalu ada saat aku perlukanMu. Kau tidak pernah menghina aku sepertimana manusia itu menghina aku. Kau xpernah sakiti aku seperti manusia itu menyakiti aku. Kau xpernah bukak aib aku seperti manusia itu menyebarkan aibku pada seseorang. Aku mahu Engkau ya Allah untuk memenuhi seluruh ruang hati aku...Jangan tinggalkan walau sebesar zarahpun ruang dihati aku untuk mencintai manusia melainkan yang mana layak utk aku cintai dengan izinMU. Aku mohon cintaMU Tuhan...Aku rayu......Terimalah aku!!!

Jangan hairan ya Allah,andai air mata ini sering mengalir...Jangan hairan ya Allah,andai hati sentiasa menanggis dalam keadaan bibir tersenyum...Jangan hairan ya Allah andai aku selalu datang padaMu meskipun mengadu perkara2 yang xperlu...Jgan Hairan ya Allah andai mulut ini akan selalu bercerita kepadaMu tentang semua perkara... Jangan Hairaan TUHANku....Kerana hanya hanya Engkau tempat aku MENGADU.... hanya Engkau yang mengerti aku...Setiap denyut rasa aku, rasa bahagia,duka,sengsara,kecewa,sakit,deritaaaa....semua dalam pengetahuanMu....Aku hanya mahu Engkau!!!! Terimalah cinta yang hina dari aku untuk Kau angkat menjadi mulia disisiMu... ampunkan segala dosa2ku.... Aku ingin miliki cintaMU.

Tuesday, April 30, 2013

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama Allah yg maha pengasih,maha penyayang...Pertama sekali ucap syukur padaMu Ilahi atas segala nikmat yg telah Engkau limpahkan kepada aku,suami dan anakda tercinta. Cewahhh...but serious, i'm so happy now. Ape-apepun, kita kena slalu ingat bahawa semua ini milik Allah. Bila2 masa saja nikmat itu boleh ditarik balik. Cuma bila diberi,hargailah sewajarnya, bertanggungjawablah atas amanah yang diberi dan jangan sesekali mengkhianati antara 1 sama lain. Jujurlah pada hati dan perbuatan, pasti buahnya adalah bahagia....In Shaa Allah... Ok uolz....Lain masa,lain hari update lagi, tata... :)


p/s : Aku tidak pernah marah andaikata aku tidak kau cintai dan sayangi asal saja kamu menyatakannya dgn jujur. Tapi aku amat2 marah andaikata aku kau tipu dengan janji2 manismu...KEJUJURAN padaku terlalu penting dalam sesebuah perhubungan, kerna tanpanya,kita hidup dalam kepura-puraan...kan3!!!