Bismillahirrahmanirrahim...

Nikmat Tidak Pernah terhenti MESKIPUN Hati Berulangkali mati... Begitu baiknya Allah terhadap kita. Muhasabah diri sendiri....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 15, 2010

Kebanyakan pelajar yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.
  1. Menyediakan jadual pembelajaran yang bersistematik.
  2. Rutin pembelajaran yang sama setiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
  3. Pilih masa untuk mengulangkaji atau belajar sewaktu semangat belajar berada di tahap maksimum.
  4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga mestilah bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar .
  5. Hendaklah mengulangkaji nota yang telah dibuat pada hari yang sama.
  6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
  7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan anda rasa mengantuk.
  8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.
  1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.
  2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir menjelang peperiksaaan.
  3. Menganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
  4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.
Diterjemah dari :- Learning Skill Center The University of Texas at Austin (Study Tips)

3 Cara Efektif Mengatasi Stress

Siapa yang tidak pernah mengalami stress? Penulis post ini juga tidak pernah lari daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Tetapi terdapat cara untuk mengatasi stress ini dan apa yang menariknya ia boleh diaplikasikan serta merta.

Di sini saya ingin berkongsi 3 cara efektif untuk mengatasi stress dalam kehidupan seharian anda. Semoga anda dapat manfaatkan ilmu yang diberi ini. ;)

1. Lakukan Setiap Pekerjaan Anda Dengan Senyuman.

Saya pasti ramai antara kita yang bermasam muka ataupun seringkali muram ketika melakukan sesuatu. Mulai saat ini, sentiasalah senyum dan gembira dengan apa jua yang anda lakukan. Percayalah dengan cara ini anda akan dapat kurangkan tekanan dalam diri anda ketika melakukan sesuatu. Mari kita praktikkan sekarang, senyum! :)

2. Berikan Fokus Sepenuhnya – Elakkan Multi-tasking

Saya menyarankan agar anda memberikan fokus terhadap satu perkara sahaja dalam satu masa dan elakkan daripada multi-tasking (melakukan 2 kerja atau lebih dalam satu masa) kerana ia boleh menjejaskan kerja anda seterusnya memberikan anda tekanan dalam perkara yang anda lakukan.

3. Berikan Hadiah Pada Diri Anda Setiap Kali Berjaya Menyelesaikan Tugasan

Perkara ini sering saya aplikasikan dalam diri saya setiap kali berjaya melakukan tugasan. Hargailah diri anda. Berikanlah sesuatu hadiah kepada diri anda seperti mendengar lagu kegemaran anda, keluar ke taman sebentar dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anda akan melupakan segala tekanan yang anda alami dan memotivasikan diri anda untuk melakukan tugas yang seterusnya.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca. Jika anda telah mengaplikasikan teknik-teknik yang saya kongsikan di atas, sila tinggalkan mesej di ruangan komen yang disediakan. :)